Berita

Terima Kasih Anggota KEADILAN

Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Terima kasih saya ucapkan kepada semua anggota KEADILAN yang telah memberi sokongan dan dukungan.

Marilah kita bersama membingkai muafakat yang utuh bagi melaksanakan agenda Reformasi demi negara Malaysia yang tercinta.

YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
TUAN AMIRUDIN SHARI

Perutusan Maulidur Rasul 1440 H

Rasulullah S.A.W. adalah junjungan besar pilihan Allah SWT sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Nabi Muhammad SAW telah membawa ajaran Islam yang menyinari bumi ini. Ajarannya telah sempurna seperti dalam firman Allah SWT:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu.”
(Surah al-Ma’idah: 3).
.
Marilah bersama-sama kita memperingati jasa dan pengorbanan Rasul Junjungan Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW dan mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW. Semoga cinta dan kasih kita kepada ajaran dan peribadi Baginda SAW akan terus subur di dalam hati dan nurani kita semua.

Salam Maulidur Rasul 1440 Hijriah

YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
TUAN AMIRUDIN SHARI

Exco Le Tour Selangor 2015

Exco Le Tour Selangor 2015 adalah program jelajah ke 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor oleh YB Amirudin bin Shari, Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.

Program ini akan dijayakan oleh jawatankuasa-jawatankuasa tetap di bawah YB Exco dengan kerjasama PBT-PBT di seluruh negeri Selangor.

Pelbagai program sukan, kebudayaan dan keusahawanan telah dirancang untuk rakyat Selangor mengetahui dengan lebih dekat dasar Kerajaan Negeri menerusi portfolio-portfolio berkenaan.

‪#‎Selangor‬
‪#‎GenS‬
‪#‎SelangorPlus‬
‪#‎KotaSeni‬

Lawatan Rasmi ke China

Saya kini berada di Beijing, China dalam rangka lawatan rasmi, khusus untuk mencari tenaga jurulatih olahraga. Umum mengetahui, China adalah kuasa sukan olahraga yang hebat bukan sahaja di Asia malahan juga di peringkat dunia.

Lawatan ini turut disertai oleh delegasi daripada MSN Selangor. Turut serta ialah Dato Aini Taib selaku ahli lembaga pengarah MSN Selangor. Dato Aini Taib juga merupakan bekas pengurus pasukan bolasepak Selangor.

Delagasi kami dapat berkunjung ke Muzium Rejimen 81 Tentera China. Ini adalah pusat latihan kepada jaguh-jaguh China yang mengharum nama negara besar ini sebagai gergasi sukan. Lin Dan adalah antara jaguh yang dilahirkan dari program di sini.

Pusat ini tidak dibuka kepada orang awam, kami menerima peluang yang begitu bermakna untuk dibawa pulang dan dikongsi bersama pembangunan sukan Selangor dan Malaysia.

10982305_824711104287497_3934861984868637377_o 11187348_824711180954156_4298092195341932174_o 11026141_824711237620817_6570046057908662044_o 11220782_824711357620805_8001356502912552866_o 11261700_824294197662521_2755273205086425223_n

International Selangor Cyber Games 2015

11205512_823297101095564_583345433784886300_n (1)

10461949_823297491095525_5713254768676481390_n

11143380_823297431095531_8960565627880090888_n

11139411_823297351095539_4821166683928984828_n

11260538_823297184428889_2514528494044697241_n

11233553_823585427733398_3576232027005722635_n

11221835_823585527733388_374094355428598628_n

1486584_823585604400047_5446516161845466638_n

11109251_823585931066681_4636089732099214801_n

International Selangor Cyber Games 2015 – sambutan hangat di kalangan generasi muda Lembah Klang. Semasa ucapan perasmian menekankan industri e-sukan boleh berkembang positif di samping mengekalkan keseimbangan bagi elak persepsi negatif. Tahun kedua acara ini dapat penyertaan lebih besar dengan keterlibatan 8 buah negara.

International Selangor Cyber Games 2015 yang berlangsung dengan jayanya di Encorp Strand Mall dari 9hb – 10hb Mei. Terima kasih kepada Jawatan Kuasa Tetap Pelancongan Selangor, Pusat Khidmat Dun Kota Damansara, Tourism Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mineski Event, Gigabyte, ThunderMatch dan semua pihak yang terlibat.

Tahniah kepada MVP dari Korea Selatan yang menggondol USD 30,000 selaku juara keseluruhan, EP dari China dengan USD 10,000, Mineski (Phillipines) USD 7,000 dan G Guard wakil Malaysia dengan USD 3,000
Saya optimis, kita jumpa lagi tahun hadapan dengan pertandingan lebih mencabar dan ganjaran lebih lumayan.
‪#‎GenS‬
‪#‎SelangorCyberGames‬
‪#‎ISCG15‬

Lupakan kekalahan di Kota Bharu, Amirudin

Pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari menggesa para pemain Red Giants segera melupakan kekalahan 2-1 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Sebaliknya, beliau yang juga Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor mahu para pemain fokus untuk menghadapi perlawanan ke-10 Liga Super bertemu Perak di Stadium Shah Alam, Sabtu ini (2 Mei).

“Biarpun mengalami kekalahan kedua dalam saingan Liga Super musim ini, kita masih lagi pasukan kedua terbaik di belakang pendahulu, PDRM.

“Saya percaya para pemain boleh melupakan kekalahan kepada Kelantan ini dan kita akan teruskan cabaran bagi perlawanan berikutnya bertemu Perak untuk kembali mencatat kemenangan,” kata Amirudin pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Selepas tewas aksi sulung Liga Super musim ini kepada Terengganu 2-0 disusuli dua keputusan seri 1-1 dengan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor cemerlang mencatat lima kemenangan berturut-turut sebelum rekod itu lebur di tangan Kelantan.

“Sebagaimana diperkatakan jurulatih, Mehmet Durakovic, memang ini satu perlawanan yang sukar, lebih-lebih lagi Selangor sudah 13 tahun tak pernah menang di Kota Bharu.

“Kita boleh bertahan sehingga minit ke-73 sebelum mereka menjaringkan gol kedua. Selain itu, terdapat beberapa kesilapan dan peluang dipersiakan.

“Apa pun pemain sudah menunjukkan komitmen lebih daripada seratus peratus dan hanya satu gol memisahkan kedua-dua pasukan,” jelas Amirudin.

 

Baca: http://faselangor.my/berita/lupakan-kekalahan-di-kota-bharu-amirudin

Selangor berselera besar

HATRIK Muhammad Afiq Azmi membantu Selangor berpesta gol dengan membenam LionsXII 4-0 di Stadium Shah Alam semalam, sekali gus mengekalkan kedudukan pendahulu Liga Super.

Ketika kebanyakan pasukan bersandar kepada pemain import, Afiq membuktikan sentuhan penyerang tempatan juga berbisa apabila menyempurnakan hatrik dalam tempoh 15 minit babak pertama.

Gol keempat Selangor disempurnakan oleh Guiherme De Paula pada minit ke-78.

Kemenangan besar tersebut membuktikan kedudukan Selangor di puncak liga bukan kerana faktor nasib semata-mata.