Ucapan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Loji Rawatan Air Labohan Dagang

Yang Berhormat Tuan Ng Swee Lim
Speaker Dewan Negeri Selangor;

Yang Berhormat Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Yang Berhormat Dato’ Masri Bin Mohd Daud
Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor;

Yang Berhormat Dato’ Nor Azmie bin Diron
Pegawai Kewangan Negeri Selangor;

Yang Berhormat Dato’ Teng Chang Khim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS);

Yang Berhormat Puan Rodziah binti Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi;

Yang Berhormat Tuan Ganabatirau A/L Veraman
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin;

Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid bin Asari
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan;

Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan;

Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru;

Yang Berhormat Puan Haniza binti Talha
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar’

Yang Berhormat Dr Siti Mariah binti Mahmud
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga;

Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Berusaha Haji Suhaimi Kamaralzaman,
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor ;

Yang Berusaha Tuan Mohd Jusni bin Hashim,
Pegawai Daerah Kuala Langat ;

Yang Berusaha Tuan Mohamad Zain bin A. Hamid Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat;

Ketua-Ketua Jabatan semua peringkat ;

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Assalammualaikum& Salam Sejahtera,

1. Alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNyadapatlah kita bersama-sama hari ini dalam Majlis Perasmian Penyerahan Loji Rawatan Air Labohan Dagang.

2. Sebelum ini, pada 23 Oktober 2016, kita semua juga telah berkumpul di sini untuk Pelancaran Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan ini. Alhamdulillah hari ini projek ini telah berjaya disempurnakan dengan baik.

3. Majlis petang ini merupakan suatu “momentousevent” kerana ia menjadi bukti kepada kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan perkhidmatan air yang berkualiti dan cemerlang terutamanya perkhidmatan bekalan air berterusan untuk keperluan pengguna domestik dan industri.

4. Perkhidmatan bekalan air adalah agenda utama Kerajaan Negeri dan komitmen ini diterjemahkan melalui peruntukan tahunan Kerajaan Negeri. Semenjak tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan hampir 1.5 bilion untuk pembangunan perkhidmatan bekalan air sehingga tahun 2020.

5. Setakat ini, dua Pembangunan Loji Rawatan Air telah disempurnakan dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri menggunakan rizab Negeri iaituLoji Rawatan Air Semenyih 2 dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang yang jumlah keseluruhannya diperuntukkan sebanyak RM800 juta.

6. Hari ini, dengan bangganya Kerajaan Negeri dapat menyiapkan Loji Rawatan Air Labohan Dagang (Fasa 1) dengan kapasiti air terawat sebanyak 200 JLH. Pembinaan Loji Rawatan Air Labohan Dagang ini dimulakan pada bulan Julai 2017 dengan kos pembangunan termasuk kos pengambilan tanah dianggarkan sebanyak RM587 juta.

7. Kerajaan Negeri akur bahawa kejayaan sesuatu projek pembangunan bukan berlandaskan kepada saiz atau nilai sesebuah projek semata-mata. Kejayaannya harus diukur berdasarkan kepada impak pembangunan kepada rakyat.

8. Kita harus memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Falsafah pembangunan yang syumul sebegini harus sentiasa menjadi asas kepada agenda pembangunan negeri.

Ahli ekonomi terkenal Mariana Mazzucato dalam bukunya The Value of Everything yang pernah saya ungkapkan sebelum ini dalam Ucapan Belanjawan turut menekankan peranan utama yang dimainkan oleh kerajaan dalam mencipta nilai kepada ekonomi dan pembangunan kepada rakyat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

9. Walaupun perancangan projek ini dibuat dalam waktu yang singkat, pelaksanaannya masih tidak mengenepikan sama sekali prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif. Justeru itu, bagi mendapatkan kontraktor yang berkemampuan, mahir dan berpengetahuan serta menawarkan harga yang value for money, kontraktor telah dipilih melalui tender terbuka yang telus.

10. Loji Rawatan Air Labohan Dagang ini dibina di atas tanah seluas 26 hektar. Loji ini telah dibangunkan dengan rekabentuk dan dilengkapi komponen-komponen serta peralatan berteknologi tinggi dan dioperasikan sepenuhnya secara otomatik bagi menyalurkan bekalan air terawat ke Wilayah Kuala Langat yang selama ini menerima bekalan melalui LRA Semenyih, LRA Labu dan LRA Sg. Selangor.

11. Loji inimemiliki empat unit Kolam Takungan Utama, empat unit Rumah Pam Air Mentah, sebuah Tangki Pengudaraan, dua unit Tangki Percampuran yang dilengkapi ‘Static Mixer’ dan lapan unit Tangki Pengentalan atau ‘Flokulasi’ danlapanTangki Enapan jenis ‘plain sedimentation tank’yang dilengkapi dengan ‘hydraulic scrapper’ dan ‘air lift system’.

12. Loji ini juga dilengkapi dengan dua puluh unit Tangki Penapis dari jenis ‘Rapid Sand Gravity’ beserta sebuah Tangki Pembasmian Kuman dan air bersihselain memiliki kemudahan bagi proses rawatan enapcemar.

13. Loji ini juga memiliki empat unit pam yang akan mengepam dan menyalurkan air terawat ke Kolam Imbangan dan seterusnya ke sistem agihan.

14. Sebuah Tangki Menaradengan kapasiti2.3Juta Liter Sehari (JLH) bagi kegunaandalaman,bangunan kimia, surau, kuarters kakitangan, bangunan pentadbiran, bangunan stor &bengkel, bangunan Telekom, sub stesen elektrik dan pondok pengawal selain pembinaan Kolam Imbangan Bukit Jugra juga telah siap dibina.

15. Idea Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang dicetuskan selaras dengan kerangka pemodenan industri air di Negeri Selangor yang merupakan satu langkah strategik bagi menangani isu dan persoalan bekalan air yang semakin mencabar. Kalau dulu, empangan kita bina di hulu sungai, tetapi hari ini, dengan pembangunan pesat dan guna tanah yang semakin berleluasa untuk tujuan pembangunan, air di hulu sungai semakin berkurangan.

16. Loji Rawatan Air Labohan Dagang ini menggunakan konsep pembangunan air dihiliran untuk dijadikan sumber air. Pembangunan takungan air larian di hiliran sungai boleh memberi kesan kepada budaya rakyat dalam mengamalkan sikap tidak membazir kepada sumber air sedia ada dan pada masa yang sama memupuk semangat cintakan alam sekitar di mana rakyat akan menjadi lebih bertanggung jawab dalam menjaga kebersihan sungai-sungai yang merupakan sebahagian dari sumber air mereka.

17. Konsep pembangunan air dihiliran yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri ini melalui pembangunan HORAS, Semenyih 2 telah mula menjadi ikutan di Negeri-Negeri lain dalam mengatasi masalah sumber air.

18. Pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengurusan Air Selangor akan terus memberikan komitmen bagi memberikan perkhidmatan pembekalan air yangefisien, efektif, berdaya saing dan mampan demi memelihara kepentingan kepada pengguna.

19. Bagi menutup bicara petang ini, saya ingin menyampaikan komitmen bahawa selaku kerajaan yang peduli rakyat, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa meletakkan kepentingan masyarakat sebagai keutamaan no. 1 dan Pembangunan Labohan Dagang ini merupakan manifestasi Kerajaan Negeri dalam melaksanakan agenda tersebut seterusnya ke arah menjadikan Negeri Selangor sebagai Smart State dengan kemudahan infrastruktur yang holistik dan mampan.

20. Pada awal perancangan Pembangunan Loji ini, Kerajaan Negeri dikecam kerana projek ini dianggap satu pembaziran. Namun segala kecaman dan dakwaan itu adalah tidak berasas mereka yang membuat kecaman itu tidak memahami perancangan jangka panjang yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan.

21. Dengan siapnya Loji Rawatan Air Labohan Dagang (Fasa 1) ini, Daerah Kuala Langat khususnya kan mendapat bekalan air sendiri. Sebelum ini, Daerah Kuala Langat merupakan kawasan dihujung sistem bekalan air dan tidak ada satu loji khusus untuk menapung permintaan air di Kuala Langat. Daerah Kuala Langat termasuk kawasan Klang merupakan kawasan terakhir dalam sistem agihan air dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 dan 3.

22. Justeru itu, sekiranya ada gangguan bekalan air, kawasan Kuala Langat merupakan kawasan yang terakhir akan pulih.

Dengan adanya LRA Labohan Dagang, masalah bekalan air di kawasan Kuala Langat dan Klang dapat diatasi dan bekalan air daripada Sungai Selangor Fasa 1 dan 3 boleh ditumpukan kepada kawasan Lembah Klang.

23. Loji ini juga secara berfasa akan mengambilalih bekalan air dari LRA Sg. Semenyih ke kawasan Beranang, sebahagian kawasan Hulu Langat dan pembangunan baharu di sepanjang Lebuh Raya Lekas. Dengan kaedah ini, LRA Semenyih boleh membantu pembekalan ke kawasan Subang Jaya. Manakala bekalan air dari Loji Labu boleh ditumpukan sepenuhnya untuk menampung permintaan pengguna yang semakin pesat di KLIA.

24. Alhamdullillah dengan usaha, kerjasama dan komitmen semua pihak loji ini dapat disiapkan dan saya merakamkan penghargaan dan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dan mengambil kesempatan bersempena kita masih berada di bulan Syawal untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua hadirin.

25. Dengan lafaz Bismillah saya dengan ini merasmikan Majlis Penyerahan dan Perasmian Loji Rawatan Air Labohan Dagang.

Sekian, wassalammualikum wbt.

YAB Tuan Amirudin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor

Ucapan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor – Labohan Dagang

/ In Selangor, Ucapan / By Wan Firdaus / Comments Off on Ucapan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Loji Rawatan Air Labohan Dagang