Usaha Meningkatkan Pencapaian Prestasi Kerajaan Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA

4hb April 2019

USAHA MENINGKATKAN PENCAPAIAN PRESTASI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam sejarah pada tahun 2018 adalah satu bukti jelas hasil kecemerlanhan perkhidmatan kepada rakyat dan pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.

Kejayaan ini merupakan manifestasi kecemerlangan perkhidmatan awam yang dipacu di semua peringkat khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Syarikat Milik Kerajaan (GLC) milik Kerajaan Negeri Selangor.

Justeru dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor memantapkan tahap pencapaian serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa pelantikan baharu di peringkat tinggi PBT dan GLC seperti berikut:

i) YBhg Dato’ Mohd Azizi Bin Mohd Zain, Datuk Bandar MBPJ menjadi Ketua Pegawai Eksekutif PKNS dengan menjalankan tugas mulai 1 April 2019 (Surat JPA berkuat kuasa 15 Mac 2019)

ii) YBhg. Dato Mohd Sayuthi Bin Bakar, YDP MPKj menjadi Datuk Bandar MBPJ dengan menjalankan tugas mulai 1 April 2019 (Surat JPA berkuat kuasa 15 Mac 2019)

iii) YBhg. Dato’ Rosli Bin Othman, Pegawai Daerah Hulu Langat menjadi YDP MPKj dengan menjalankan tugas mulai 1 April 2019 (Surat JPA berkuat kuasa 15 Mac 2019)

Kerajaan Negeri Selangor meyakini sepenuhnya melalui pelantikan ini akan dapat memberikan impak terbaik dalam merealisasi harapan rakyat dan negeri Selangor ke arah menjadi Negeri Pintar menjelang tahun 2025.

YAB Tuan Amirudin Shari

Dato’ Menteri Besar Selangor

Lantikan Baharu Kerajaan Negeri (final)