SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN YB SHUHAIMI SHAFIE

2 JULAI 2018/18 SYAWAL 1439H

Kerajaan Negeri Selangor telah menerima berita yang amat mendukacitakan bahawa YB Hj Mat Shuhaimie bin Shafie,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Kandis telah meninggal dunia sebentar tadi jam 11.10 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit barah limfoma. Allahyarham merupakan mantan ADUN Kawasan Sri Muda selama dua penggal dan juga telah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Azmin Ali ketika menjawat jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

Allahyarham merupakan seorang Ahli Dewan undangan Negeri yang sangat komited, bertanggungjawab dan disenangi rakyat dan rakan taulan. Allahyarham juga merupakan sahaabat karib saya dan rakan seperjuangan dalam politik. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kepada Kerajaan Negeri Selangor serta Parti Keadilan Rakyat. Khidmat bakti dan pengorbanan Allahyarham kepada rakyat dan negeri Selangor adalah sangat besar dan tidak ternilai. Semoga Allah swt memberi ganjaran yang baik atas segala jasa dan budi Allahyarham.

Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Hj. Mat Shuhaimie bin Shafie atas pemergian ini. Saya mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan dalam mengharungi ujian yang amat berat ini. Semoga roh Allahyarhmam ditempatkan di kalangan golongan yang soleh, dicucuri rahmat Allah swt serta dikurniakan husnul khatimah.

Al Fatihah

YAB Tuan Amirudin bin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor